Bukit Larut Taiping Perak

air terjun bukit larut

bukit larut @ maxwell dibuka 100 thn dahulu....oleh George Maxwell dan merupakan pusat peranginan tertua di Malaysia. setinggi 1,250 meter dari paras laut dan jauhnya lebih kurang 13 km dari kaki bukit..


Permandangan puncak bukit larut
Land Rover merupakan satu2nya perangukutan yang disediakan....perg pening kepala menaiki land rover untuk sampai ke puncak..bukannya apa terdapat 108
selekoh(72 selekoh tajam).suhu dibukit larut pada waktu siang 15darjah celcuis...mmg sejuk.... rasa fresh jer bila hidu oksigen....rasa nikmat ALLAH yang tiada bandingan

berposing di puncak bukit larut






maxwell high@ bukit larut...mmg best...

lawatan sambil belajar Pendidikan Khas SKBG vs SMKSR


2hb november 09- 5 november 09...satu lawatan sambil belajar PK ke Perak Darul Ridzuan telah dijalankan(perg mcm bg laporan pulak) bermula di taiping pada hari pertama terus ke Kuala Kangsar dan seterusnya ke Ipoh...banyak tempat menarik dan ilmu yang aku pelajari....lebih2 lagi bab sejarah...bestnya tak terkata....

Hikmah ber Zakat



Semalan aku tonton bijak wang kat tv3... membincangkan tentang zakat.... so info yang aku dapat aku nak kongsi gak ngan kekawan





Zakat dari segi bahasa bersih dan suci dan dari segi syarak zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dalam kadar tertentu...





dari Jabir r.a... rasullah SAW bersabda:





" sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, nescaya akan hapuslah segala perkara yang boleh merosakan hartanya"





zakat adalah wajib dan ia adalah rukun islam yang ke lima.... dia antara hikmah berzakat ialah






  1. satu pengabadian diri terhadap Allah SWT

  2. satu amalan jihad

  3. membersihkan perasan dendam dan hasad dengki

  4. melenyapkan sikap cintakan harta,bakhil dan kedekut

  5. mensyukur pemberian Allah SWT





ENTAH APA-APA ENTAH




1- erm,nk ckp cket neh kat awak.. bce NO 5


2- Mmmm..cmne ek nk ckp? Bce je la NO 8

3- nk taw ekh?erm,bce NO 9

4- huh,drpd pning bek bce jap NO 15

5- cmne ek nk ckp.. NO 17 je k..

6- kite nk ckp skg tp lbh bek bce NO 16

7- kite akn ckp tp bce dlu NO 2

8- yg kite nk ckp neh simple jek..tp bce dlu NO 4 k?

9- tak payah la b’debar2 cm2..cme bce jap NO 18

10- Blom lg la..bce NO 19 ye..

11- da pnt ekh? Bce jap NO 13

12- sbnrnye kite nk ckp klu….(ah bce no 3 la)

13- tgl cket jek lg bce NO 20

14- argh,pnt neh..bce NO 1

15- adush,dah pning dh ni.. bce la NO 6

16- lorh,msh ta phm lg kew? Bce NO 12

17- ades,nk ckp neh..bce NO 7

18- kite taktau klu awk phm..tlg bce NO 10

19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nt awk akn taw..

20- oke2,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 jek k..

Saya Solat lima waktu tapi.......




Saya solat lima waktu tapi......
Ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja
Dan pada masa lainnya saya lupa padaNya
Jika Sholat saya 10 minit ,
maka cuma 10 minit itu saja ingat pada Nya
Mungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain daripada Nya.
Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong...
Saya solat lima waktu tapi....Saya tidak bersyukur pada Nya
Padahal dulunya saya amat susah,
Allah yang memberi rezeki pada saya
Dengan rezeki itu saya dapat membeli rumah
Dengan rezeki itu saya dapat menampung keluarga
Dengan rezeki itu saya dapat membeli kendaraan dan sebagainya
Tapi.. hati saya masih belum puas
Saya masih tamak akan harta dunia dan masih menganggap serba kekurangan
Saya solat lima waktu tapi....Saya masih menggunakan perkataan yang tidak sopan kepada teman teman
Saya sering menyakiti hati mereka
Saya sering menghina mereka
Saya sering menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa saya saja yang paling baik
Pada hal saya sendiri tidak tahu persis tempat saya di mahsyar nanti


Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih sombong dengan ilmu yang saya miliki
Saya masih sombong dengan amal perbuatan yang telah saya perbuat
Saya masih sombong dengan ibadah yang saya lakukan
Saya masih sombong dan menganggap sayalah yang paling pandai
Saya masih sombong dan merasa saya paling dekat dengan Allah SWT

Saya solat lima waktu tapi....

Saya amat bakhil dan kikir mengeluarkan wang untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin atau kepada anak yatim piatu kerena saya takut hartaku habis dan jatuh miskin


Saya solat lima waktu tapi.....

Saya masih menyimpan sifat dengki dan khianat kepada teman teman yang sukses dinaikkan pangkatnya atau dinaikan gajinya dan atau berhasil dalam usahanya,
padahal mereka berusaha dan bekerja sungguh sungguh,
tapi saya hanya bekerja seperti hidup segan mati tak mau!


Saya solat lima waktu tapi....

Saya mengabaikan anak isteri yang kelaparan dan menderita di rumah,kerena saya merasa sebagai raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati
Saya solat lima waktu tapi....masih merungut dan mencaci maki bila saya ditimpa musibah,
walaupun sebenarnya saya tahu sesuatu musibah itu datangnya dari Allah,
kerana perbuatan dan sikap saya sendiri seharusnya saya sedar kepada siapakah saya mencaci maki itu?


Saya solat lima waktu tapi.....

Menuntut ilmu semata mata mempersiapkan diri untuk berdebat dengan orang lain atau untuk menduga keilmuan mereka dan sengaja mencari cari yang tidak sehaluan dengan saya,
dan memaksa mereka mengikuti jejak langkah saya,
padahal seharusnya saya sedar tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal soleh dan beribadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah (mempersekutukan Allah SWT dengan yang lainnya)


Saya solat lima waktu tapi....

Saya enggan melaksanakan serta kurang bahkan tidak faham dengan firman Allah SWT dalam Al Quran QS: 29 : (Al-Ankabut) : 45 yang ertinya :-
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat.
Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuata n) keji dan mungkar.Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat)adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Saya solat lima waktu tapi....

Saya tidak faham dan tidak tahu dan tidak menjalankan dengan benar firman Allah dalam QS 107. (Al Maa´uun) : yang ertinya:-
1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama ?

2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim

3. dan Tidak menganjurkan memberi makan orang miskin

4.. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat

5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya

6. orang-orang yang berbuat riya

7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna.

MAKNA CINTA ATAS NAMA





Y - ..disukai oleh sesiapa saja
U - ..disenangi oleh semua orang
Z - ..memiliki fikiran yang luas
A - ..seorang yang gila-gila
N - ..pemberi ciuman yang bagus juga
A - ..seorang yang gila-gila

RATU HATI...

S - ..membuat orang tertawa
U - ..disenangi oleh semua orang
L - ..pemberi ciuman yang bagus
A - ..seorang yang gila-gila
I - ..manis dan romatis
M - ..membuat pacaran lebih menarik
A- ..Seorang yang gila-gila
N-...Pemberi ciuman yang bagus jugak

Ramadan datang lagi...





bersyukur... tahun kedua aku bersama suami menyambut kedatangan ramadan...dapat bertemu kembali denganmu ramadan...yang seronoknya bulan ramadan ni... ialah solat terawih....



Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa.



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

PERISTIWA DISEBALIK BULAN SYAABAN


Pertukaran arah kiblat
Antara peristiwa penting yang berlaku pada pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke kaabah. Ia adalah saat yang amat diharapkan berlaku dan sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh Rasulullah SAW.
Sebelum berlaku peristiwa ini, Baginda SAW bangun pada setiap malam menghadapkan mukanya ke langit menunggu-nunggu wahyu daripada Allah. Sehinggalah Allah mengurniakan dan merealisasikan permintaannya seperti dirakamkan di dalam al-Quran:


" Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjid al Haram (tempat letaknya kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. (al-Baqarah: 144).


Abu Hatim al-Busti berkata: Orang-orang Islam solat mengadap ke Bait al Maqdis selama 17 bulan 3 hari. Rasulullah datang ke Madinah pada hari Isnin 12 Rabiulawal dan Allah memerintahkan mengadap ke Kaabah pada hari Selasa 15 Syaaban.

Diangkat amalan
Di antara keistimewaan Syaaban yang masyhur ialah diangkat amalan hamba-hamba-Nya pada bulan ini. Ini merupakan pengangkatan amalan yang terbesar.
Oleh kerana itu, ketika Usamah ibn Zaid r.a bertanya kepada Rasulullah SAW tentang sebab kesungguhan Baginda SAW berpuasa pada bulan Syaaban, Baginda SAW menjawab:


"Ia adalah bulan yang sering dialpakan oleh manusia, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan diangkat segala amalan kepada Tuhan semesta alam. Saya suka amalan saya diangkat ketika saya berpuasa". (riwayat al-Munziri)


Ditentukan umur
Pada bulan Syaaban juga ditentukan segala umur, iaitu dizahirkan takdir tersebut. Namun perbuatan Allah itu tidak terikat dengan masa atau pun tempat. Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah mencatat pada bulan Syaaban bagi setiap jiwa yang akan mati pada tahun tersebut. Maka aku suka ajalku datang kepadaku ketika aku sedang berpuasa". (riwayat Abu Ya'la).


Oleh yang demikian, Rasulullah SAW paling banyak berpuasa pada bulan Syabaan kerana itu, Syaaban adalah bulan berselawat ke atas Nabi SAW. Terlalu banyak kelebihan berselawat ke atas Nabi SAW dan ia adalah ibadat yang paling afdal dari ibadat-ibadat yang lain. Kita sendiri dapat memikirkannya kerana amalan lain Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya melakukannya tetapi amalan selawat Allah berselawat ke atas Baginda SAW terlebih dahulu, kemudian barulah Allah menyuruh hamba-hamba-Nya berselawat ke atas Baginda SAW.

Syaaban bulan al-Quran
Syaaban juga disebut sebagai bulan al-Quran. Kita sedia maklum, membaca al-Quran dituntut pada setiap masa tetapi ia lebih dituntut pada masa-masa yang berkat dan mulia seperti bulan Ramadan, Syaaban dan bulan-bulan mulia yang lain. Oleh kerana itu, Anas meriwayatkan dengan sanad yang daif bahawa apabila masuk bulan Syaaban, kaum Muslimin menumpukan kepada mushaf-mushaf mereka dan membacanya, mengeluarkan zakat harta mereka untuk memberi kekuatan kepada orang yang lemah dan miskin menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.Selain itu juga, kita digalakkan merebut peluang kedatangan Syaaban dengan membanyakkan menyebut kalimah syahadah: Laa ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah dan istighfar.Ini adalah pintu memasuki Islam dan tangga memelihara iman dan mikraj hati serta roh kepada Tuhan Pemilik seluruh alam. Ia juga adalah sebesar-besar kebaikan bagi memperbaharui keimanan dan menghapuskan kejahatan sehingga menarik pemiliknya memasuki syurga. Istighfar dapat menghapuskan dosa-dosa, kesulitan dan meringankan bebanan.


Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang melazimi istighfar, Allah menjadikan baginya dari setiap kemurungan pelepasan, dari setiap kesempitan jalan keluar dan dikurniakan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka". (riwayat Abu Daud, al-Nasaei, Ibnu Majah dan al-Hakim).


Demikianlah istimewanya Syaaban. Semoga kita dapat merasai kebesaran Syaaban dan melihat kurniaan Allah padanya dengan penuh insaf, beradab dan kesyukuran.

Orang yang bijak ialah orang yang menggunakan sebaiknya kesempatan yang diberikan dan orang yang bodoh ialah orang yang menangguhkan kesempatan yang diberikan kerana menyangka esok masih ada untuknya.


SUMBER:UTUSAN MALAYSIA



Thanks a God I Found u



13 Sya'ban ni... genaplah Setahun aku menjadi ratu hati kepada En Sulaiman....Syukur kepada Allah..... teringat sebuah lagu masa zaman bujang-bujang dulu.... lagu en sulaiman padaku.. hehe.... from Maria Careythanks god i found u....

I would give up everything...
Before I'd seperate myself from you
After so much suffering
I finally found unvarnished truth
I was all by myself for the longest time
So cold inside
And the hurt from the heartache would not subsideI felt like dying
Until you saved my life
Thank God I found you
I was lost without you
My every wish and every dream
Somehow became reality
When you brought the sunlight
Completed my whole life
I'm overwhelmed with graditude
'Cause baby I'm so thankful I found you
I will give you everything
there's nothing in this world I wouldn't do
To ensure your happiness
I'll cherish every part of you
'Cause without you beside me
I can't survive
Don't wanna try
If you keeping me warm each and every nightI'll be allright
'Cause I need you in my life
I was so desolate before you came to me
Looking back
I guess it shows that we were destined
To shine over the rain to appreciate
The gift of what we have
And I'd go through it all over again
To be able to feel
This way.....

11 amalan terbalik



'10 AMALAN YANG TERBALIK'
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)

KHASIAT SUSU UNTA



Pengalaman minum susu unta tak dapat aku lupakan.... best giller... tak hamis mcm susu lembu.sedap... lebih sedap bila dah disejukkan..nikmatnya tak terkata....rupanya banyak khasiatnya.... emmmmmmmm



Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak , benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-bintang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebahagian daripadanya kamu makan.” (Surah al Mu’minun ayat 21)

Jika diamati ayat al Quran ini, sememangnya terlalu dalam makna tersirat akan kebaikan makhluk bernama UNTA.

Susu unta amat berkhasiat berbanding susu haiwan ternakan lain. Lemak yang terkandung dalam susu unta dikatakan 40% lebih rendah daripada susu lembu. Susu unta juga kaya dengan vitamin C dan mineral seperti magnesium, sodium, potassium dan zat besi. Susu unta tahan lama andai dididihkan bersama gula pasir. Setelah disejukkan ia tidak akan masam atau berkulat..Susu unta mampu mempercepatkan penyembuhan luka-luka dalaman.

AYAT2 ALQURAN YANG BOLEH DIAMALKAN


A. Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102Anak2 pandai belajarSurah Al Anbiyaa'- Ayat 79

B. Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
C. Anak2 malas sekolah
Surah Toha ayat 1-5

D. Supaya Suami tak kawin lain
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil.

E. Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah
F. Bg anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
G. Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air , dan semburkan keliling rumah




PUASA SUNAT SYA'ABAN

hari ini ada masuk pun 2 sya'ban.... so bulan sya'aban ni bulan nabi dan ramadan adalah bulan umatku....so mcm2 amalan yang boleh kita buat semasa bulan sya''ban ini...

Menurut hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah:

" Sesungguhnya Allah SWT turun pada malam pertengahan(Nifsu) Sya'aban ke langit dunia dan mengampunakan dosa-dosa orang yang lebih banyak daripada bulu-bulu kambing Bani Kalb."

so perbanyakkanlah puasa,solat-solat sunat, berzikir sera berdoa. Banyak Fadilatnya....

Puasa Hari Isnin
sesiapa yang berpuasa pada hari isnin terakhir pada bulan Sya'aban akan di hapuskan dosanya

Puasa Hari Khamis
Puasa sunat pada hari Khamis pertama dan terakhir pada bulan Sya'aban akan dimasukan di dalam syurga.

selamat beramal

gerhana matahari


Gambar atas Kanan : Varanasi India, Atas Kiri di Menara Alor Star Kedah dan bawah Hyderabad Pakisatan (sumber Utusan Malaysia)

Subuhanaalah.... maha suci Allah...... Gerhana Matahari kembali lagi...... inilah gerhana matahari penuh paling lama pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi

sO BILA DAH GERHANA NI ...kita bolelah melakukan solat gerhana.Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir

Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri) .

pesanan

Ada tiga surah yang harus di 'pegang ' betul-betul ,

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.
http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/001.qmt.html
Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tu han dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-muda han dengan 'menjaga ' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita,

Kedua, Surah Al-Ikhlas.
http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/112.qmt.html
Surah ini, katanya surah tauhid.
Kita mesti ingat Tu han itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun.
http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/109.qmt.html
Bahagian ini, menarik sikit. surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, anak-anak mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau di pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, . Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku ' .

satu lagi perkara yang mesti dipegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda.
Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya ..

CINTA, JODOH DAN PERKAHWINAN

ini satu lagipun yang korang patut baca....tahu tentang personaliti diri dan pasangan atau sesiapa saja...penulis ni aku ikut penulisanya dalam mingguan wanita.....mmg best... klu korang tak caya korang beli ler mingguan wanita.....aku tak tahu nak taip per pasal buku ni yang pasti buku ni susah nak cr kat kedai buku sbb sold out....murah jer RM 19.90... buku ni bukan ttg ramalan masa depan

tak baik korang caya syirik tau

ni just sebagai panduan

korang akan teruja bila mendapatkan buku ni sebagai koleksi peribadi. buku ni dari perspektif sains metafizik menggunakan kajian tarikh dan jam lahir. Huraian buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan. kenali faktor cerai, orang ketiga dan sebagainya termasuk masalah zuriat lambat. Inilah buku pertama kali di adakan di dunia yang membicarakan perihal perkahwinan dan perceraian dari perspektif sains metafizik berasaskan tarikh dan jam lahir.

ANTARA 9 MIMPI NABI




Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.........


"1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatulmaut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, makamalaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DANKEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amatmenyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkandengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuatdaripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkanrantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANGKHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali diamendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglahpahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga iamerasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yangsedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akandiusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYAsambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelitadi sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, makadatanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalumengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapimereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFATSILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalumenyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara merekadengannya.


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,makasegeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalumenabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT-DATO ISMAIL KAMUS


Buku ini aku nak suggestkan laks kat korang.memang bagus dijadikan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. bagus untuk dijadikan hadiah dan aku rasa tak rugi sesen pun duit korang kalu beli buku ni. murah jer rm 55.00.terbitan oleh telaga biru dan ditulis oleh Dato Ismail Kamus. Terima Kasihlah kepada Tuan Hj Nagib Ismail yang mempekernalkan aku dengan buku ini.Diharap korang semua boleh lah mencari,membelek di kedai buku yang berhampiran.

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA





BUAT PEDOMAN BERSAMA. Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL...

SuRgA hAtI


Syukur kepada ALLAH swt kerana di berikan kesempatan kepada ku untuk ke Baitullah.Rasa begitu kerdil sangat.Mcm - mcm perasaan saat tu.....Hanya Tuhan jer yang tahu.TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MENJEMPUT KU SEBAGAI TETAMU MU


tak sanggup ku tahan,

titis air mata, di saat ku berdiri

di tanahMu yang suci

tak henti memuji

mulut ini berdzikir

saat ku melihat

surga hati disini


sejenak pandangi rumahmu yang indah

tak pejamkan mata

tak dapat ku bicara

ingin ku meraih

tuk menggapaiMu

tak sabar menanti

tuk panjatkan doa padaMu


Ku ingin disini, ingin tetap disini

Apabila kupulang nanti,

izinkan ku kembali

ku ingin disini, ingin tetap disini

bila kupulang nanti, panggil aku kembali

Tak sabar menanti tuk panjatkan doa padaMu
Waktu bergulir lambat merantai langkah perjalanan kitaBerjuta cerita terukir dalam menjadi sebuah dilemaMengertikah engkau perasaanku tak terhapuskan

ROMANCE MATH


Smart man + smart woman = romance Smart

man + dumb woman = affair

Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy
OFFICE ARITHMETIC Smart boss + smart employee = profit Smart boss + dumb employee = production Dumb boss + smart employee = promotion Dumb boss + dumb employee = overtime SHOPPING MATH A man will pay $2 for a $1 item he needs. A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn't need. GENERAL EQUATIONS & STATISTICS A woman worries about the future until she gets a husband. A man never worries about the future until he gets a wife. A successful man is one who makes more money than his wife can spend. A successful woman is one who can find such a man. HAPPINESS To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little. To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all. LONGEVITY Married men live longer than single men do, but married men are a lot more willing to die. PROPENSITY TO CHANGE A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't. A man marries a woman expecting that she won't change, and she does. DISCUSSION TECHNIQUE A woman has the last word in any argument. Anything a man says after that is the beginning of a new argument. HOW TO STOP PEOPLE FROM BUGGING YOU ABOUT GETTING MARRIED Old aunts used to come up to me at weddings, poking me in the ribs and cackling, telling me, "You're next." They stopped after I started doing the same thing to them at funerals.

PESANAN AKHILL HAYY


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat

.Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.Apabila sembahyang jadi liat, orang baik adayang bertukar jadi jahat.Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskinpula nak kaya cepat.

Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tuapula nak mati lambat.

Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapatminum madu telan jerlaminyakgamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluarketat.

Semua nak tunjuk kuat.Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

Tapi hidup pula yang melarat.

Tali kasut dah tak berikat.

Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,Pakai mini sekerat.

Suka pakai baju ketat... (apa dapat...) Suka sangat menunjukkan pusat.

Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.Pakai pulak yang singkat-singkat.Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat.Bila berjumpa, tangan berjabat.

Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.

Usah takut Allah dan malaikat.

Yang penting apa kita nak buat?

Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat,

makalahirlahpula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kitatengok bayi dibuang dimeratatempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.I

nilah dia fenomena masyarakat.Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,Marilah kita pakat mengingat,Bahawa dunia hari ini makin singkat,Esok atau lusa mungkin kiamat,Sampai masa kita semua akan berangkat! .Berangkat menuju ke negeri akhirat.Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.Masa tu, sendiri mau ingat.Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?Zaman muda mu, apa yang telah ka mu buat...?Harta benda anda, dari mana anda dapat...?Ilmu anta, adakah anta manafaat...?Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingatisesama insan!!!Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

geng-geng kebulo

KEBULO bukan bermaksud kami kebulo makan... tp kebulo bermaksud KElab BUjang soLO.. tp tu zaman aku muda-muda dulu.sekarang aku dah pun bersuami.hehehehe.so ingatkan dan ukhwan aku ngan geng-geng kebulo tetap on mcm dulu..

kem, kak elly, kak aniey

kak ani masa kenduri kawin kak mas



kembar aku



kak aniey, kak mia, kak lina dan aku

geng-geng kebulo
geng-geng kebulo diterajui oleh kak lina(skrg ni aku kenalah panggil DR salina)sbb member ni tak lama lagi akan tamat pengajian PHDnya,selaku otai,kak maz dan kak sharifah selaku mafianya bg cawangan putrajaya, walna,kak aniey, yus,kak elly, kak mia masing-masing memangku jawatan sebagai pailangnya..... tp masing-masing sekrang dah bawak haluan masing-masing... aku, kak maz dan kak sharifah sudah berpunya... yang lain-lain still young and single....
hehehe.rasa rindu kat u all semua...cuma kak aniey je setia di UKM