pesanan

Ada tiga surah yang harus di 'pegang ' betul-betul ,

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.
http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/001.qmt.html
Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tu han dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-muda han dengan 'menjaga ' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita,

Kedua, Surah Al-Ikhlas.
http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/112.qmt.html
Surah ini, katanya surah tauhid.
Kita mesti ingat Tu han itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun.
http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/109.qmt.html
Bahagian ini, menarik sikit. surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, anak-anak mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau di pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, . Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku ' .

satu lagi perkara yang mesti dipegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda.
Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya ..
0 Responses