KHASIAT SUSU UNTA



Pengalaman minum susu unta tak dapat aku lupakan.... best giller... tak hamis mcm susu lembu.sedap... lebih sedap bila dah disejukkan..nikmatnya tak terkata....rupanya banyak khasiatnya.... emmmmmmmm



Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak , benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-bintang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebahagian daripadanya kamu makan.” (Surah al Mu’minun ayat 21)

Jika diamati ayat al Quran ini, sememangnya terlalu dalam makna tersirat akan kebaikan makhluk bernama UNTA.

Susu unta amat berkhasiat berbanding susu haiwan ternakan lain. Lemak yang terkandung dalam susu unta dikatakan 40% lebih rendah daripada susu lembu. Susu unta juga kaya dengan vitamin C dan mineral seperti magnesium, sodium, potassium dan zat besi. Susu unta tahan lama andai dididihkan bersama gula pasir. Setelah disejukkan ia tidak akan masam atau berkulat..Susu unta mampu mempercepatkan penyembuhan luka-luka dalaman.
0 Responses