Bukit Larut Taiping Perak

air terjun bukit larut

bukit larut @ maxwell dibuka 100 thn dahulu....oleh George Maxwell dan merupakan pusat peranginan tertua di Malaysia. setinggi 1,250 meter dari paras laut dan jauhnya lebih kurang 13 km dari kaki bukit..


Permandangan puncak bukit larut
Land Rover merupakan satu2nya perangukutan yang disediakan....perg pening kepala menaiki land rover untuk sampai ke puncak..bukannya apa terdapat 108
selekoh(72 selekoh tajam).suhu dibukit larut pada waktu siang 15darjah celcuis...mmg sejuk.... rasa fresh jer bila hidu oksigen....rasa nikmat ALLAH yang tiada bandingan

berposing di puncak bukit larut






maxwell high@ bukit larut...mmg best...

lawatan sambil belajar Pendidikan Khas SKBG vs SMKSR


2hb november 09- 5 november 09...satu lawatan sambil belajar PK ke Perak Darul Ridzuan telah dijalankan(perg mcm bg laporan pulak) bermula di taiping pada hari pertama terus ke Kuala Kangsar dan seterusnya ke Ipoh...banyak tempat menarik dan ilmu yang aku pelajari....lebih2 lagi bab sejarah...bestnya tak terkata....

Hikmah ber Zakat



Semalan aku tonton bijak wang kat tv3... membincangkan tentang zakat.... so info yang aku dapat aku nak kongsi gak ngan kekawan





Zakat dari segi bahasa bersih dan suci dan dari segi syarak zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dalam kadar tertentu...





dari Jabir r.a... rasullah SAW bersabda:





" sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, nescaya akan hapuslah segala perkara yang boleh merosakan hartanya"





zakat adalah wajib dan ia adalah rukun islam yang ke lima.... dia antara hikmah berzakat ialah






  1. satu pengabadian diri terhadap Allah SWT

  2. satu amalan jihad

  3. membersihkan perasan dendam dan hasad dengki

  4. melenyapkan sikap cintakan harta,bakhil dan kedekut

  5. mensyukur pemberian Allah SWT





ENTAH APA-APA ENTAH




1- erm,nk ckp cket neh kat awak.. bce NO 5


2- Mmmm..cmne ek nk ckp? Bce je la NO 8

3- nk taw ekh?erm,bce NO 9

4- huh,drpd pning bek bce jap NO 15

5- cmne ek nk ckp.. NO 17 je k..

6- kite nk ckp skg tp lbh bek bce NO 16

7- kite akn ckp tp bce dlu NO 2

8- yg kite nk ckp neh simple jek..tp bce dlu NO 4 k?

9- tak payah la b’debar2 cm2..cme bce jap NO 18

10- Blom lg la..bce NO 19 ye..

11- da pnt ekh? Bce jap NO 13

12- sbnrnye kite nk ckp klu….(ah bce no 3 la)

13- tgl cket jek lg bce NO 20

14- argh,pnt neh..bce NO 1

15- adush,dah pning dh ni.. bce la NO 6

16- lorh,msh ta phm lg kew? Bce NO 12

17- ades,nk ckp neh..bce NO 7

18- kite taktau klu awk phm..tlg bce NO 10

19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nt awk akn taw..

20- oke2,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 jek k..

Saya Solat lima waktu tapi.......




Saya solat lima waktu tapi......
Ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja
Dan pada masa lainnya saya lupa padaNya
Jika Sholat saya 10 minit ,
maka cuma 10 minit itu saja ingat pada Nya
Mungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain daripada Nya.
Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong...
Saya solat lima waktu tapi....Saya tidak bersyukur pada Nya
Padahal dulunya saya amat susah,
Allah yang memberi rezeki pada saya
Dengan rezeki itu saya dapat membeli rumah
Dengan rezeki itu saya dapat menampung keluarga
Dengan rezeki itu saya dapat membeli kendaraan dan sebagainya
Tapi.. hati saya masih belum puas
Saya masih tamak akan harta dunia dan masih menganggap serba kekurangan
Saya solat lima waktu tapi....Saya masih menggunakan perkataan yang tidak sopan kepada teman teman
Saya sering menyakiti hati mereka
Saya sering menghina mereka
Saya sering menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa saya saja yang paling baik
Pada hal saya sendiri tidak tahu persis tempat saya di mahsyar nanti


Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih sombong dengan ilmu yang saya miliki
Saya masih sombong dengan amal perbuatan yang telah saya perbuat
Saya masih sombong dengan ibadah yang saya lakukan
Saya masih sombong dan menganggap sayalah yang paling pandai
Saya masih sombong dan merasa saya paling dekat dengan Allah SWT

Saya solat lima waktu tapi....

Saya amat bakhil dan kikir mengeluarkan wang untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin atau kepada anak yatim piatu kerena saya takut hartaku habis dan jatuh miskin


Saya solat lima waktu tapi.....

Saya masih menyimpan sifat dengki dan khianat kepada teman teman yang sukses dinaikkan pangkatnya atau dinaikan gajinya dan atau berhasil dalam usahanya,
padahal mereka berusaha dan bekerja sungguh sungguh,
tapi saya hanya bekerja seperti hidup segan mati tak mau!


Saya solat lima waktu tapi....

Saya mengabaikan anak isteri yang kelaparan dan menderita di rumah,kerena saya merasa sebagai raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati
Saya solat lima waktu tapi....masih merungut dan mencaci maki bila saya ditimpa musibah,
walaupun sebenarnya saya tahu sesuatu musibah itu datangnya dari Allah,
kerana perbuatan dan sikap saya sendiri seharusnya saya sedar kepada siapakah saya mencaci maki itu?


Saya solat lima waktu tapi.....

Menuntut ilmu semata mata mempersiapkan diri untuk berdebat dengan orang lain atau untuk menduga keilmuan mereka dan sengaja mencari cari yang tidak sehaluan dengan saya,
dan memaksa mereka mengikuti jejak langkah saya,
padahal seharusnya saya sedar tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal soleh dan beribadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah (mempersekutukan Allah SWT dengan yang lainnya)


Saya solat lima waktu tapi....

Saya enggan melaksanakan serta kurang bahkan tidak faham dengan firman Allah SWT dalam Al Quran QS: 29 : (Al-Ankabut) : 45 yang ertinya :-
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat.
Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuata n) keji dan mungkar.Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat)adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Saya solat lima waktu tapi....

Saya tidak faham dan tidak tahu dan tidak menjalankan dengan benar firman Allah dalam QS 107. (Al Maa´uun) : yang ertinya:-
1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama ?

2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim

3. dan Tidak menganjurkan memberi makan orang miskin

4.. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat

5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya

6. orang-orang yang berbuat riya

7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna.

MAKNA CINTA ATAS NAMA





Y - ..disukai oleh sesiapa saja
U - ..disenangi oleh semua orang
Z - ..memiliki fikiran yang luas
A - ..seorang yang gila-gila
N - ..pemberi ciuman yang bagus juga
A - ..seorang yang gila-gila

RATU HATI...

S - ..membuat orang tertawa
U - ..disenangi oleh semua orang
L - ..pemberi ciuman yang bagus
A - ..seorang yang gila-gila
I - ..manis dan romatis
M - ..membuat pacaran lebih menarik
A- ..Seorang yang gila-gila
N-...Pemberi ciuman yang bagus jugak

Ramadan datang lagi...





bersyukur... tahun kedua aku bersama suami menyambut kedatangan ramadan...dapat bertemu kembali denganmu ramadan...yang seronoknya bulan ramadan ni... ialah solat terawih....



Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa.



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar